PM Anwar doakan kesembuhan Sasterawan Negara A. Samad Said

Facebook
WhatsApp
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dan isteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mendoakan kesembuhan segera buat Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said, 91, yang kini menerima rawatan di Hospital Kuala Lumpur. Foto facebook Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 24 November: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mendoakan kesembuhan segera Sasterawan Negara Datuk Seri Dr A. Samad Said yang kini dirawat di Hospital Kuala Lumpur.

Menerusi hantaran di Facebook hari ini, Anwar menyifatkan A. Samad Said, yang mesra dikenali sebagai Pak Samad, sebagai sosok budayawan yang amat berjasa dalam dunia kesusasteraan tanah air.

“Saya, Azizah (Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail) dan keluarga mendoakan agar Allah SWT mengurniakan keafiatan, mengangkat segala kesakitan dan memberikan kesembuhan segera buat Pak Samad,” katanya.

Perdana Menteri turut mendoakan agar seluruh keluarga sasterawan itu dikurniakan kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian berkenaan.

A. Samad Said, 91, atau nama sebenarnya Abdul Samad Muhammad Said, dilahirkan di Kampung Belimbing Dalam, Durian Tunggal, Melaka dan menerima Anugerah Sastera Negara pada 1985.

Antara karya beliau ialah novel Salina yang diterbitkan pada 1961, selain Sungai Mengalir Lesu, Langit Petang dan Hujan Pagi. – Bernama

Monyet liar berjaya ditangkap

MARUDI, 24 November: Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) Marudi menerima panggilan kecemasan daripada orang awam minta bantuan menangkap seekor monyet