Wanita maut digilis bas di Sibu Sentral

Facebook
WhatsApp
MAUT…Seorang warga emas maut selepas digilis oleh sebuah bas dalam kejadian kemalangan jalan raya di kawasan Market Sibu Sentral, pagi tadi. Foto PGO

SIBU, 24 November: Seorang wanita berusia 64 tahun maut selepas digilis sebuah bas dalam kejadian kemalangan jalan raya di kawasan Pasar Sibu Sentral, di sini, pagi tadi.

Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Bomba Sarawak berkata, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 9.38 pagi sebelum mengerahkan sepasukan anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Sentral ke lokasi kejadian.

“Setibanya di lokasi, pasukan operasi mendapati seorang wanita dewasa telah digilis dan berada di bawah bas.

“Pasukan operasi kemudian menggunakan peralatan khas bagi mengeluarkan mangsa,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata, mangsa bernama Bayo Ramba kemudiannya disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM) sebelum diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya.

Oleh Tarani Lanting