Proton wira musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lebuh Raya Pan Borneo

Facebook
WhatsApp
PASUKAN bomba sedang giat menjalankan operasi pemadaman melibatkan sebuah kereta Proton Wira yang terbakar di Lebuh Raya Pan Borneo KM673.5, laluan Sibu-Bintulu, awal pagi tadi.

BINTULU, 22 November: Sebuah kereta Proton Wira musnah sepenuhnya selepas terbakar di kawasan P-Turn, Lebuh Raya Pan Borneo KM673.5, laluan Sibu-Bintulu, awal pagi tadi.

Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 5.53 pagi tadi sebelum menggerakkan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Tatau ke lokasi.

Seramai enam anggota bersama sebuah jentera LFRT digerakkan ke lokasi dan tiba pada 6.24 pagi, kira-kira 18 kilometer dari balai.

KEADAAN sebuah kereta Proton Wira yang musnah sepenuhnya dalam kebakaran di Lebuh Raya Pan Borneo KM673.5, laluan Sibu-Bintulu, awal pagi tadi.

Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kenderaan berkenaan telah terbakar sepenuhnya dengan anggaran kemusnahan sebanyak 100 peratus.

Bagaimanapun, kejadian itu tidak melibatkan sebarang mangsa dan tiada pemandu kenderaan ditemui di lokasi.

Operasi pemadaman dilakukan menggunakan satu aliran salur bantu mula dan kebakaran berjaya dikawal pada 6.30 pagi.

Pasukan bomba menamatkan operasi pada 6.43 pagi selepas memastikan kawasan kejadian berada dalam keadaan selamat.

Operasi berkenaan diketuai PBK I Boniface Empaya dan turut mendapat bantuan empat anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Oleh Faizah Muzidi

Dua rumah terbakar di Batu Kawa

KUCHING, 17 November: Dua rumah di Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa, di sini, terlibat dalam kejadian kebakaran awal pagi