Nyabong santuni penduduk Rumah Roy William Ubu, di Sandong Atas, Sungai Sut, Kapit

Facebook
WhatsApp
APA KHABAR... Nyabong bersalaman sambil bertanya khabar penduduk ketika menghadiri Sesi Randau Bersama Masyarakat di Rumah Roy William Ubu, Tembawai Sandong Atas, Sungai Sut, Kapit.

KAPIT, 18 November: Sesi Randau Bersama Masyarakat setempat terus menjadi wadah penting bagi penyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelagus, Wilson Nyabong Ijang, mendengar sendiri pandangan dan keperluan penduduk di kawasan itu.

Terbaharu, Nyabong meluangkan masa mengadakan pertemuan santai bersama penduduk Rumah Roy William Ubu, Tembawai Sandong Atas, Sungai Sut, Kapit.

NYABONG… Ketika berucap pada program Sesi Randau Bersama Masyarakat di Rumah Roy William Ubu, Tembawai Sandong Atas, Sungai Sut, Kapit.

Pertemuan dalam suasana mesra itu membuka ruang kepada kedua-dua pihak untuk bertukar pandangan, berkongsi cerita serta membincangkan pelbagai perkara berkaitan masyarakat setempat.

Menurut Nyabong, pertemuan seumpama itu amat bermakna kerana membolehkannya mendengar secara langsung suara dan pandangan penduduk.

“Saya merakamkan penghargaan kepada Tuai Rumah Roy William Ubu serta seluruh penduduk atas sambutan mesra dan layanan yang diberikan sepanjang kunjungan berkenaan,” ujarnya.

Pendekatan turun padang menerusi sesi randau seperti itu turut memberi peluang kepada wakil rakyat mendekati masyarakat serta memahami perkara yang menjadi perhatian mereka.

Oleh Akun Giman

BERSAMA RAKYAT… Nyabong menyantuni penduduk Rumah Roy William Ubu, di Sandong Atas, Sungai Sut, Kapit.