UKAS nafi poster tular kononnya kenyataan Premier Sarawak mengenai PRN13

Facebook
WhatsApp
MAKLUMAN penafian UKAS bahawa poster tular mengenai PRN Sarawak ke-13 bukan kenyataan rasmi Premier Sarawak.

KUCHING, 17 November: Unit Komunikasi Awam Sarawak (UKAS) menafikan kesahihan poster yang tular di media sosial yang memaparkan kenyataan kononnya dikeluarkan Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg, berhubung hak rakyat memilih parti lain pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sarawak ke-13.

Menerusi makluman penafian yang dikeluarkan, UKAS menjelaskan bahawa kenyataan dalam poster berkenaan bukan kenyataan rasmi Premier Sarawak.

Sehubungan itu, orang ramai khususnya pengguna media sosial diingatkan supaya tidak menyebarkan, berkongsi atau memanjangkan maklumat yang belum disahkan kesahihannya melalui sumber rasmi.

UKAS turut menggesa masyarakat supaya menyemak fakta sebelum berkongsi sebarang maklumat bagi mengelakkan penyebaran berita palsu yang boleh mengelirukan orang ramai.

Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak mudah mempercayai kandungan yang tular sebaliknya mendapatkan pengesahan daripada saluran rasmi terlebih dahulu.