Kebakaran kecil di bahagian enjin lori di Kuala Baram

Facebook
WhatsApp
BERJAYA DIPADAMKAN ...Pekerja syarikat berjaya memadamkan kebakaran kecil di bahagian enjin lori menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan anggota bomba dalam kejadian di kawasan Melinau Transport, Kuala Baram di Miri petang tadi.

MIRI, 17 November: Kebakaran kecil melibatkan sambungan wayar di bahagian enjin sebuah lori di kawasan Melinau Transport, Kuala Baram, di sini berjaya dipadamkan oleh pekerja syarikat menggunakan alat pemadam api sebelum ketibaan anggota bomba, petang tadi.

Menurut Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.09 petang.

Katanya, sepasukan enam anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bersama sebuah jentera tiba di lokasi kejadian pada 4.28 petang.

“Setibanya di lokasi, pasukan bomba mendapati kebakaran kecil berlaku pada sambungan wayar di bahagian enjin sebuah lori.

“Kebakaran berjaya dipadamkan sepenuhnya oleh pekerja syarikat sebelum ketibaan pasukan bomba dengan menggunakan tujuh unit alat pemadam api jenis debu kering dan sebuah alat pemadam api jenis karbon dioksida (CO₂),” menurut kenyataan itu.

PGO JBPM Sarawak berkata, anggota bomba tidak menjalankan operasi pemadaman kerana kebakaran telah berjaya dikawal oleh pekerja syarikat. Sebaliknya, pasukan hanya melakukan pemantauan bagi memastikan keadaan selamat.

Operasi ditamatkan sepenuhnya pada 4.42 petang dan tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu.

Oleh Liong Chai Ling

Dua rumah terbakar di Batu Kawa

KUCHING, 17 November: Dua rumah di Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa, di sini, terlibat dalam kejadian kebakaran awal pagi