SOKONGAN DIALU-ALUKAN

Facebook
WhatsApp
SERAH… Ting Ching Zung (kiri) menerima replika cek daripada Nina Dunstan (kanan) yang disaksikan oleh Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah (dua, kanan) serta Nancy Jolhi.

SOKONGAN dan tajaan yang diberikan oleh kumpulan Press Metal kepada Persatuan Badminton Sarawak sangat dialu-alukan, kata Dato Sri Abdul Karim Rahman Hamzah.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, ini adalah satu inisiatif yang baik kerana Kerajaan Sarawak menggalakkan sektor korporat memainkan peranan dalam pembangunan negeri dan kesejahteraan rakyat.

“Sebagai langkah kehadapan, sokongan baik oleh Press Metal akan memberi semangat kepada pemain badminton Sarawak yang sangat diperlukan terutama kepada pemain dan pelatih tempatan kita dalam latihan dan persiapan mereka untuk acara yang akan datang,” katanya.

Beliau berkata ketika berucap pada Majlis Penyerahan Tajaan oleh Press Metal Bintulu Sdn Bhd kepada Persatuan Badminton Sarawak secara maya, di Kuching semalam.

Oleh JEAKQLEYN YACHO

Zidane mulakan tugas dalam era baharu Perancis

PARIS, Perancis: Zinedine Zidane bertahun-tahun menanti peluang untuk mengendalikan pasukan kebangsaan Perancis dan pada Jumaat ini, pengganti Didier Deschamps sebagai

Sesko tarik diri daripada skuad Slovenia

LONDON, United Kingdom: Penyerang Manchester United, Benjamin Sesko, menarik diri daripada skuad Slovenia bagi saingan Liga Negara-Negara UEFA selepas tidak