PETRA JAYA, 17 November: Keputusan Barisan Nasional (BN) untuk tidak meletakkan calon pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN-13) Sarawak disifatkan sebagai langkah bijak.
Ketua Pergerakan Wanita Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB), Dato Sri Fatimah Abdullah berkata, keputusan itu mencerminkan pendirian untuk terus mengekalkan perpaduan dalam menghadapi pilihan raya negeri akan datang.
“Bagus, ia satu keputusan yang bijak. Kita berdiri bersatu,” katanya ketika ditemui pemberita selepas Majlis Pelancaran Jentera Wanita GPS PRN-13 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Pada 15 November lalu, Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengumumkan bahawa BN tidak akan meletakkan calon di mana-mana kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak pada PRN-13.
Beliau berkata, pendirian itu selaras dengan persefahaman politik antara UMNO dan PBB di Sarawak.
Oleh Masrin Affirah



