“Kita yakin jentera wanita GPS boleh menang semua kerusi DUN Sarawak” – Asfia

Facebook
WhatsApp
TAN Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar bercakap ketika ditemui pemberita pada Majlis Pelancaran Jentera Wanita GPS PRN-13 di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya.

PETRA JAYA, 17 November: Jentera wanita Gabungan Parti Sarawak (GPS) diyakini mampu memainkan peranan penting dalam membantu gabungan itu memenangi kesemua 82 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada Pilihan Raya Negeri ke-13 (PRN-13).

Speaker DUN Sarawak, Tan Sri Datuk Amar Mohamad Asfia Awang Nassar berkata, peranan jentera wanita amat penting dalam pilihan raya memandangkan komposisi pengundi di Sarawak terdiri daripada 50 peratus lelaki dan 50 peratus wanita.

“Golongan wanita mempunyai pengaruh dalam keluarga, termasuk terhadap suami, anak-anak dan ahli keluarga lain.

MAJLIS Pelancaran Jentera Wanita GPS PRN-13 di Ibu Pejabat PBB, Petra Jaya.

“Dengan pergerakan wanita, kita percaya dan yakin GPS akan membawa kemenangan di Sarawak,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas merasmikan Majlis Pelancaran Jentera Wanita GPS PRN-13 di Ibu Pejabat Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di sini, hari ini.

Untuk rekod, pada PRN Sarawak ke-12 pada 2021, GPS meletakkan empat calon wanita daripada keseluruhan 82 kerusi yang dipertandingkan, iaitu Datuk Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali (Samariang), Datuk Rosey Yunus (Bekenu), Dato Sri Fatimah Abdullah (Dalat) dan Dayang Noorazah Awang Sohor (Lingga).

Oleh Masrin Affirah