Dua rumah terbakar di Batu Kawa

Facebook
WhatsApp
KEADAAN dua rumah yang terlibat dalam kejadian kebakaran di Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa, Kuching, awal pagi tadi. Foto JBPM

KUCHING, 17 November: Dua rumah di Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa, di sini, terlibat dalam kejadian kebakaran awal pagi tadi.

Menurut Jurucakap Pusat Gerakan Operasi (PGO) Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Sarawak, pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada 4.22 pagi.

“Setibanya di lokasi, didapati kebakaran melibatkan dua buah rumah yang masing-masing berukuran 25 x 25 kaki persegi.

“Operasi pemadaman dijalankan menggunakan satu aliran sepanjang 300 kaki dengan dua nozel menerusi teknik pemadaman secara defensif dan ofensif bagi mengawal kebakaran daripada merebak.

“Sumber air terbuka dari sungai berhampiran turut digunakan bagi memastikan operasi pemadaman dapat dilaksanakan dengan berkesan,” katanya dalam satu kenyataan.

Pasukan bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Batu Lintang tiba di lokasi pada 4.51 pagi dengan bantuan anggota dari BBP Tabuan.

Kebakaran berjaya dikawal pada 4.55 pagi sebelum operasi ditamatkan sepenuhnya pada 6.35 pagi.

Tiada mangsa dilaporkan terlibat dalam kejadian itu, manakala punca kebakaran dan jumlah kerugian masih dalam siasatan pihak bomba.

Dua rumah terbakar di Batu Kawa

KUCHING, 17 November: Dua rumah di Jalan Ngee Boon Kiung, Batu Kawa, di sini, terlibat dalam kejadian kebakaran awal pagi