Bilik Radiografi Am 1 Hospital Bintulu ditutup sementara hingga 27 Januari 2027

Facebook
WhatsApp
NOTIS makluman penutupan Bilik Radiografi Am 1, Jabatan Radiologi Hospital Bintulu.

BINTULU, 13 November: Bilik Radiografi Am 1 di Jabatan Radiologi Hospital Bintulu ditutup sementara sehingga 27 Januari 2027 bagi memberi laluan kepada kerja-kerja menaik taraf serta pemasangan mesin baharu Digital Statik Radiografi.

Menurut kenyataan hospital berkenaan, hanya Bilik Radiografi Am 2 akan beroperasi untuk menjalankan pemeriksaan radiografi am sepanjang tempoh tersebut.

Keadaan itu dijangka menyebabkan tempoh menunggu pesakit menjadi lebih panjang berikutan kapasiti perkhidmatan radiografi am yang terhad sepanjang kerja-kerja naik taraf dilaksanakan.

Orang ramai yang mendapatkan perkhidmatan berkenaan diminta mengambil maklum mengenai penutupan sementara itu dan merancang kehadiran mereka sewajarnya.

Hospital Bintulu memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul sepanjang tempoh pelaksanaan kerja-kerja naik taraf berkenaan.

Oleh Carolyne Utih