Pokok mangga tumbang, APM bersihkan laluan dalam 45 minit

Facebook
WhatsApp
SEBATANG pokok mangga tumbang telah menghalang laluan utama ke kebun penduduk di Tanjung Sebekut. Foto APM Spaoh

SPAOH, 12 November: Tindakan pantas Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Daerah Spaoh berjaya membersihkan laluan utama ke kebun penduduk di Tanjung Sebekut yang terhalang akibat sebatang pokok mangga tumbang petang semalam.

Menurut kenyataan Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) APM Spaoh, pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada seorang penduduk pada 5.50 petang yang memaklumkan kejadian pokok tumbang sehingga menyekat laluan keluar masuk ke kawasan kebunnya.

Susulan aduan itu, seramai empat anggota daripada Skuad Charlie APM Spaoh segera digerakkan ke lokasi bagi menjalankan operasi pemotongan dan pembersihan pokok berkenaan.

Setibanya di lokasi, anggota bertugas mendapati sebatang pokok mangga dianggarkan setinggi 15 meter tumbang dan melintang sehingga menutup sepenuhnya laluan berkenaan.

Bagi memastikan laluan dapat dibuka semula dengan segera, anggota menggunakan gergaji berantai untuk memotong batang dan dahan pokok secara berhati-hati.

Hasil tindakan cekap serta kerjasama anggota yang terlibat, kerja-kerja pemotongan dan pembersihan berjaya diselesaikan dalam tempoh kira-kira 45 minit.

Operasi Pokok Tumbang (PT) itu tamat sepenuhnya pada 6.45 petang tanpa sebarang kejadian tidak diingini atau kecederaan dilaporkan.

Susulan kejayaan operasi tersebut, laluan kebun di Tanjung Sebekut kini kembali dibuka dan selamat digunakan oleh penduduk setempat untuk menjalankan aktiviti harian.

Dalam pada itu, orang ramai yang memerlukan bantuan kecemasan boleh menghubungi APM Daerah Spaoh menerusi talian 083-473006 atau talian kecemasan 999.

Oleh Adi Safarman

GST: Rakyat tanggung beban cukai sepenuhnya

KUALA LUMPUR, 12 November: Mereka yang memperjuangkan pelaksanaan semula Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) sebenarnya menyarankan supaya beban cukai dipindahkan