NAWRAA juara pertandingan lagu dakwah Ziarah Mahabbah Zon Utara

Facebook
WhatsApp
JUARA... Kumpulan NAWRAA muncul juara Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Utara di Lawas, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala.

LAWAS, 11 November: Kumpulan NAWRAA muncul juara Pertandingan Lagu-Lagu Dakwah sempena Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak 1448H/2026M Zon Utara, sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM10,000 berserta piala.

Tempat kedua dimenangi kumpulan AD-DHIYA yang menerima hadiah wang tunai RM7,000 berserta trofi.

Hadiah kepada para pemenang disampaikan oleh Setiausaha Politik kepada Premier Sarawak, Awangku Jinal Abedin Dato Pengiran Jawa, yang mewakili Timbalan Premier Sarawak, Datuk Amar Awang Tengah Ali Hasan.

SUASANA MERIAH…Awangku Jinal Abedin pada majlis penyampaian hadiah yang penuh kemeriahan.

Program Ziarah Mahabbah Majlis Islam Sarawak Zon Utara tahun ini turut dimeriahkan dengan pelbagai pengisian, termasuk Forum Perdana, program khas wanita, seminar dan pertandingan lagu-lagu dakwah.

Turut hadir mengiringi Awangku Jinal Abedin ialah Pengarah Jabatan Agama Islam Sarawak, Datu Mual Suaud, serta beberapa kenamaan lain.

Oleh Adeng Edrus