PAKAN, 11 November: Peranan wanita dalam memperkukuh perpaduan, memelihara keharmonian dan meningkatkan kesejahteraan komuniti rumah panjang menjadi antara tumpuan pertemuan peyandang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Pakan, Tan Sri William Mawan Ikom bersama Biro Wanita Rumah Sibar, Lubok Lemba Bayong pada semalam.
Pertemuan tersebut menyediakan ruang kepada wakil komuniti untuk bertukar pandangan mengenai keperluan masyarakat setempat, termasuk usaha memperkukuh kerjasama penduduk dalam pembangunan rumah panjang.
Perbincangan turut memberikan perhatian terhadap sumbangan golongan wanita sebagai penggerak aktiviti kemasyarakatan, khususnya dalam menggalakkan semangat kebersamaan dan hubungan baik antara penduduk.
Penglibatan wanita dalam kegiatan komuniti dilihat sebagai elemen penting bagi memastikan pelbagai usaha meningkatkan kesejahteraan masyarakat mendapat sokongan daripada setiap lapisan penduduk.
Selain membincangkan keperluan pembangunan, pertemuan tersebut turut menjadi saluran kepada wakil Biro Wanita Rumah Sibar untuk berkongsi pandangan serta aspirasi berkaitan masa depan komuniti mereka.
Penekanan turut diberikan terhadap kepentingan kerjasama dan persefahaman dalam kalangan penghuni rumah panjang bagi mengekalkan suasana kehidupan yang harmoni.
Hubungan erat antara penduduk juga menjadi asas penting dalam menggerakkan kegiatan kemasyarakatan serta menangani keperluan komuniti secara bersama.
Dalam masa sama, pertemuan secara bersemuka itu membuka ruang komunikasi antara Mawan dengan wakil masyarakat bagi mendapatkan gambaran mengenai perkara yang menjadi perhatian penduduk setempat.
Pendekatan sedemikian turut memberi peluang kepada komuniti menyampaikan pandangan secara langsung, selain menggalakkan penglibatan mereka dalam perbincangan berkaitan pembangunan kawasan masing-masing.
Oleh Earl Anek




