Lebih 5,000km jalan balak di seluruh negeri dikenal pasti untuk diambil alih, dinaik taraf – Abang Johari

Facebook
WhatsApp
ABANG Johari berucap pada majlis perasmian Jambatan Batang Kemena di Sebauh, Bintulu.

SEBAUH, 9 November: Kerajaan Sarawak mengenal pasti lebih 5,000 kilometer (km) jalan balak di seluruh negeri untuk diambil alih dan dinaik taraf bagi membolehkan penduduk luar bandar, khususnya masyarakat di rumah panjang, menikmati kemudahan jalan raya.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, langkah itu merupakan sebahagian daripada usaha kerajaan negeri memperkukuh jaringan infrastruktur, terutama di kawasan pedalaman yang masih bergantung kepada jalan balak sebagai laluan perhubungan utama.

Menurutnya, kerajaan Sarawak akan mencari kaedah dan sumber kewangan bersesuaian bagi melaksanakan usaha pengambilalihan serta menaik taraf jalan berkenaan secara berperingkat.

Beliau memberitahu, kemudahan jalan raya yang lebih baik penting bagi memastikan penduduk luar bandar mempunyai akses perhubungan yang selamat dan selesa, selain memudahkan mereka mendapatkan perkhidmatan asas seperti kesihatan dan pendidikan.

“Jalan balak pun kita ambil alih. Lebih 5,000 kilometer kita ambil alih. Ada duit, insya-Allah, kita ambil,” katanya ketika berucap pada majlis perasmian Jambatan Batang Kemena di sini, hari ini.

Abang Johari berkata, kerajaan negeri mahu memastikan penduduk rumah panjang dan masyarakat luar bandar tidak perlu membayar tol untuk menggunakan jalan yang dinaik taraf itu.

Katanya, pembangunan infrastruktur berkenaan juga mencerminkan komitmen kerajaan negeri untuk memastikan manfaat pembangunan dapat dinikmati secara lebih menyeluruh oleh rakyat, tanpa mengira lokasi penempatan mereka.

Sebelum ini, kerajaan negeri turut melaksanakan pelbagai projek pembinaan jambatan dan jalan raya bagi meningkatkan kesalinghubungan antara kawasan bandar dengan luar bandar.

Oleh Carolyne Utih

Kebolehpasaran graduan IPS capai 82 peratus

KUCHING, 9 November: Institut Pertanian Sarawak (IPS) mencatat kadar kebolehpasaran graduan sebanyak 82 peratus, mencerminkan keupayaan institusi itu melahirkan tenaga