HEBEI: Tiga belas penumpang terbunuh manakala seorang lagi masih hilang selepas bas dinaiki mereka terjunam ke dalam sungai.
Kejadian berlaku sekitar jam 7.00 pagi pada Isnin di Pingshan County, wilayah Hebei, China, lapor CGTN.
Ketika kejadian, bas milik syarikat keluli Jingye Group itu dilapor membawa 51 penumpang.
Mangsa maut terdiri daripada 50 penumpang yang berjaya dikeluarkan pada jam 7 malam, namun meninggal dunia ketika menerima rawatan perubatan.
Sejumlah 37 mangsa lagi masih hidup dengan tujuh daripadanya dirawat di hospital.
Pemandu bas ditahan polis dan siasatan sedang dijalankan.-AFP