MCMC uji capaian internet di 16 stesen ECRL

Facebook
WhatsApp
TINJAU… Teo Nie Ching (dua, kanan) meninjau insfrastruktur Stesen ECRL Kuala Terengganu sebaik tiba sempena lawatan kerja dua hari beliau semalam. Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif MRL Sdn Bhd Datuk Seri Darwis Abdul Razak. Foto BERNAMA

KUALA TERENGGANU, 6 November: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) sedang mengenal pasti kawasan yang memerlukan penambahbaikan liputan Internet di sepanjang jajaran Laluan Rel Pantai Timur (ECRL), termasuk di 16 stesen, menerusi ujian kelajuan menjelang operasi perkhidmatan itu pada 12 Disember ini.

Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berkata pemantauan dan ujian menggunakan sistem MCMC Nexus itu meliputi laluan dari Gombak hingga Kota Bharu, termasuk kawasan di dalam terowong.

“MCMC bukan sahaja menjalankan ujian kelajuan Internet sepanjang perjalanan dari Gombak hingga Kota Bharu, malah turut melaksanakannya di 16 stesen ECRL.

TEO Nie Ching menjawab pertanyaan wartawan ketika menuju ke Terengganu menggunakan perkhidmatan tren Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) sempena lawatan kerja beliau ke negeri itu, semalam. Beliau menaiki tren dari Terminal Bersepadu Gombak ke Stesen ECRL Kuala Terengganu. Foto BERNAMA

“Melalui ujian ini, kita dapat mengenal pasti kawasan yang masih berstatus greenfield, iaitu tiada liputan langsung serta lokasi brownfield yang mempunyai liputan, tetapi belum mencukupi termasuk di dalam terowong, bagi membolehkan tindakan susulan diambil,” katanya pada sidang media di Stesen ECRL Kuala Terengganu, di sini bersempena dengan lawatan kerja beliau ke Terengganu bermula semalam hingga hari ini. 

Yang turut hadir, Pengarah Kanan MCMC Pejabat Wilayah Timur Mohd Fairus Mohamad dan Ketua Pegawai Eksekutif Malaysia Rail Link Sdn Bhd (MRL) Datuk Seri Darwis Abdul Razak.

Mengulas lanjut, Teo berkata Maxis Berhad (Maxis), yang dilantik MRL sebagai penyedia infrastruktur rangkaian mudah alih 4G di sepanjang jajaran ECRL, telah membentangkan pelan pelaksanaan projek merangkumi penyediaan infrastruktur telekomunikasi dan penambahbaikan peralatan rangkaian.

TREN Laluan Rel Pantai Timur (ECRL) yang membawa Timbalan Menteri Komunikasi Teo Nie Ching berlepas dari Terminal Bersepadu Gombak menuju ke Stesen ECRL Kuala Terengganu sempena lawatan kerja beliau, hari ini.
Foto BERNAMA

Beliau berkata kerja-kerja berkenaan dijadualkan bermula selepas proses penyerahan tapak daripada kontraktor pembinaan, China Communications Construction Company (CCCC), kepada MRL dimuktamadkan esok.

Usaha memperluas liputan Internet, katanya, memerlukan masa dan MCMC akan terus bekerjasama dengan penyedia perkhidmatan serta MRL bagi menangani kawasan yang masih mengalami masalah capaian.

Terdahulu, Teo bersama-sama delegasi MCMC dan Darwis menyertai perjalanan ujian tren ECRL dari Terminal Bersepadu Gombak ke Stesen ECRL Kuala Terengganu yang mengambil masa kira-kira tiga jam.

Dalam lawatan itu, beliau turut mendengar pembentangan MCMC tentang hasil ujian kelajuan Internet di dalam tren berkenaan.

Perjalanan sejauh 378 kilometer itu merupakan sebahagian daripada jajaran Fasa 1 ECRL, yang menghubungkan Gombak dengan Kota Bharu sepanjang 519 kilometer menerusi 16 stesen, menjelang sasaran operasi komersial pada Disember ini.

Perkhidmatan yang menghubungkan Lembah Klang dengan Pantai Timur itu akan menggunakan 11 set tren Electric Multiple Unit (EMU) yang mampu membawa hingga 425 penumpang bagi setiap perjalanan pada kelajuan maksimum 160 kilometer sejam. – Bernama

Najib bayar denda RM50 juta

KUALA LUMPUR, 6 November: Bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selesai menjelaskan denda RM50 juta dikenakan terhadapnya dalam