MIRI, 1 November: Pasukan Bomba dan Penyelamat (BBP) Lutong bertindak pantas mengalihkan sebatang pokok tumbang di Pulau Melayu, di sini, pagi ini.
Dalam kejadian 6.36 pagi itu, pihak bomba menerima panggilan kecemasan sebelum menggerakkan sebuah jentera bersama lima anggota ke lokasi.
Ketua BBP Lutong, Henry Jugah berkata, sebaik tiba pada 6.50 pagi, pihaknya mendapati sebatang pokok tumbang seperti yang dilaporkan.
“Anggota bomba kemudian menggunakan gergaji berantai untuk memotong dan mengalihkan pokok berkenaan bagi memastikan laluan selamat digunakan orang ramai,” katanya di sini.
Operasi berjaya dikawal pada 6.56 pagi sebelum ditamatkan sepenuhnya pada 7.19 pagi.
Oleh Liong Chai Ling





