TOKYO, 1 November: Gempa bumi berukuran 6.1 magnitud melanda perairan tenggara Wilayah Mie di tengah Jepun pada pagi Ahad, menurut Agensi Meteorologi Jepun (JMA), lapor Xinhua.
Menurut agensi itu, gempa bumi berkenaan berlaku kira-kira 7.15 pagi waktu tempatan pada kedalaman sekitar 350 kilometer, dengan gegaran berintensiti 3 pada skala intensiti seismik Jepun antara 0 hingga 7 direkodkan di beberapa kawasan di Wilayah Fukushima.
Pusat gempa terletak pada 33.7 darjah utara dan 137.1 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.- Bernama-Xinhua





