Samalaju di Sarawak catat IPU tidak sihat setakat 4.00 petang

Facebook
WhatsApp
Foto fail BERNAMA

KUALA LUMPUR, 27 Oktober: Kawasan Samalaju di Sarawak mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat, iaitu 110, manakala 46 kawasan merekodkan bacaan pada tahap sederhana hingga 4.00 petang ini.

Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), Bintulu, Sarawak mencatatkan bacaan IPU tertinggi dalam kategori sederhana, iaitu 91, diikuti Batu Muda, Kuala Lumpur, Batu Pahat serta Kluang, Johor masing-masing merekodkan bacaan 88.

Stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian, Sarawak, merekodkan bacaan 80, Samarahan dan Kuching (76) serta Keningau di Sabah (75).

Sementara itu, 21 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap baik, dengan Banting, Selangor, dan Indera Mahkota Kuantan, Pahang, masing-masing merekodkan bacaan 50, diikuti Kimanis, Sabah (49).

Bacaan IPU antara sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat, manakala bacaan melebihi 300 dikategorikan sebagai berbahaya.- Bernama