Gempa bumi bermagnitud 7.0 landa Xizang, barat daya China – CENC

Facebook
WhatsApp
GAMBAR hiasan.

BEIJING, 22 Oktober: Gempa bumi berukuran 7.0 pada skala Richter melanda Daerah Baqen, Wilayah Autonomi Xizang di barat daya China, pada 10.33 malam Khamis (Waktu Beijing), menurut Pusat Rangkaian Gempa Bumi China (CENC), lapor Xinhua.

Pusat gempa dikesan pada 32.40 darjah utara latitud dan 93.79 darjah timur longitud, pada kedalaman 10 kilometer.- Bernama-Xinhua