Anwar ucap tahniah Prof Kuik tersenarai dua peratus saintis teratas dunia

Facebook
WhatsApp
PROFESOR Dr Kuik Cheng-Chwee Foto Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR, 21 Oktober: Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menzahirkan ucapan tahniah kepada Profesor Dr Kuik Cheng-Chwee, atas pencapaian luar biasa tersenarai dalam kelompok dua peratus saintis teratas dunia bagi tahun 2026.

Anwar berkata kejayaan Felo Utama Institut Kajian Malaysia dan Antarabangsa (IKMAS), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu, mencerminkan kecemerlangan dan sumbangannya dalam bidang ilmu, serta turut mengharumkan nama Malaysia pada peringkat antarabangsa.

“Semoga kejayaan ini terus menyemarakkan budaya ilmu, memperkukuh tradisi penyelidikan dan menjadi inspirasi kepada generasi ilmuwan untuk menyumbang kepada kemajuan negara,” kata Perdana Menteri menerusi hantaran di X hari ini.

Senarai berprestij terbitan kerjasama Universiti Stanford dan syarikat penerbitan akademik Elsevier itu, meletakkan Kuik di tangga ke-31 dunia dalam subbidang Hubungan Antarabangsa, serta kedudukan tertinggi di Asia. – Bernama