Amaran rebut petir, hujan lebat di sembilan negeri hingga 3.00 petang

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 17 Oktober: Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di sembilan negeri hingga 3.00 petang ini.

MetMalaysia dalam kenyataan memaklumkan kawasan terjejas dijangka melibatkan Bandar Baharu dan Kulim di Kedah, Pulau Pinang serta Perak (Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Muallim, Kinta, Kampar dan Batang Padang).

Keadaan sama turut dijangka melanda Terengganu (Kemaman dan Dungun) serta Pahang (Bentong, Jerantut, Kuantan, Maran, Rompin, Pekan, Raub, Cameron Highlands dan Lipis).

Di Selangor meliputi kawasan Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat manakala Negeri Sembilan (Seremban dan Jelebu) serta Johor (Pontian, Kota Tinggi, Kulai, Mersing, Segamat dan Johor Bahru).

Di Sarawak, kawasan terlibat ialah Betong (Kabong dan Saratok), Sibu, Kapit (Song), Sarikei dan Mukah.- Bernama