Biar kehilangan tak terubat, masa depan anak-anak mangsa FDS terus terbela

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan kepada waris mangsa nahas helikopter FDS di Long Lellang, Ulu Baram. Foto UKAS.

KUCHING, 16 Oktober: Kehilangan insan tersayang akibat nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram, mungkin tidak akan terubat, namun bantuan kewangan, pendidikan dan peluang pekerjaan yang disalurkan kerajaan Sarawak memberi sokongan kepada waris lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram.

Bantuan itu bukan sahaja meringankan beban keluarga yang ditinggalkan, malah memberi harapan agar masa depan anak-anak mangsa terus terjamin meskipun terpaksa membesar tanpa ibu atau bapa di sisi.

Suami kepada Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamarudin, Mohd Faiz Ab Malek berkata, beliau menghargai bantuan kerajaan serta sokongan rakyat Sarawak yang diterima keluarganya sejak tragedi pada 8 September lalu.

MOHD Faiz Ab Malek, suami kepada Allahyarhamah Dr Ainul Baraah Kamarudin, ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada waris mangsa nahas helikopter FDS, hari ini. Foto UKAS.

Beliau berkata demikian ketika ditemui pemberita selepas Majlis Penyerahan Sumbangan Kerajaan Sarawak kepada Waris Mangsa Helikopter FDS Long Lellang di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) Sarawak, hari ini.

Pada majlis itu, Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg menyampaikan sumbangan keseluruhan RM500,000 kepada waris lima mangsa, dengan setiap keluarga menerima RM100,000.

NOR Izzati Syamimi Suhaimi, isteri kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada waris mangsa nahas helikopter FDS, hari ini. Foto UKAS.

Sementara itu, isteri kepada Allahyarham Kapten Zainol Afiq Bee Sham, Nor Izzati Syamimi Suhaimi turut merakamkan penghargaan atas bantuan berterusan kerajaan sejak hari pertama tragedi berkenaan.

Isteri kepada mendiang Alexson Adit Henry, Stephanie Essah Incham pula berkata, bantuan itu amat bermakna bagi memastikan masa depan pendidikan dua anaknya yang masing-masing berusia lima dan dua tahun terus terjamin.

STEPHANIE Essah Icham, isteri kepada mendiang Alexson Adit Henry, ketika ditemui pemberita selepas majlis penyerahan bantuan kepada waris mangsa nahas helikopter FDS, hari ini. Foto UKAS.

Menurutnya, bantuan pendidikan menerusi Yayasan Sarawak membuka peluang kepada kedua-dua anaknya untuk melanjutkan pengajian hingga ke peringkat universiti.

Beliau turut menghargai tawaran pekerjaan yang diterimanya sebagai sebahagian daripada bantuan susulan tragedi itu, sekali gus membantu keluarganya meneruskan kehidupan selepas kehilangan ketua keluarga.

Elon Musk perkenal kereta ‘terbang’ Tesla

HOUSTON, Amerika Syarikat, 16 Oktober: Ketua Pegawai Eksekutif Tesla, Elon Musk, memperkenalkan kereta yang disifatkannya sebagai kereta ‘terbang’ dan dilengkapi