KUALA LUMPUR, 15 Oktober: Sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9.00 pagi ini dengan Johan Setia, Selangor merekodkan bacaan tertinggi, iaitu 192.
Menurut Portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS), Johor merekodkan lapan kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (187), Batu Pahat (182), Pasir Gudang (181), Tangkak (177), Pengerang (170), Kluang (165), Kota Tinggi (162) dan Segamat (161).
Di Selangor, selain Johan Setia, Klang merekodkan bacaan IPU 191, Shah Alam (179), Banting (170), Petaling Jaya (168) dan Kuala Selangor (161) manakala di Negeri Sembilan, bacaan tidak sihat direkodkan di Nilai dengan bacaan 187, Seremban (182) serta Port Dickson (176).
Di Melaka, Bukit Rambai merekodkan bacaan IPU 184, Bandaraya Melaka (178) serta Alor Gajah (176) manakala Putrajaya mencatatkan 175 dan di Kuala Lumpur, Cheras merekodkan bacaan 172 dan Batu Muda (162).
Di Perak, Tanjung Malim mencatatkan bacaan IPU 168, Seri Manjung (167), Pegoh dan Tasek di Ipoh masing-masing merekodkan 110 dan 108 manakala Seberang Perai, Pulau Pinang 142.
Di Pahang, Temerloh mencatatkan bacaan IPU 156, Jerantut (152), Indera Mahkota di Kuantan serta Rompin masing-masing merekodkan 151 manakala di Sarawak, Samarahan mencatatkan bacaan 152 dan stesen pemantauan di Ibu Pejabat Polis Daerah Serian (120).
Sementara itu, sebanyak 34 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana.
Bacaan sifar hingga 50 dikategorikan sebagai baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berbahaya.- Bernama





