Rangka Nanotyrannus ‘Jodi’ akan dilelong di New York

Facebook
WhatsApp
RANGKA Nanotyrannus “Jodi” dipamerkan di Sotheby’s, New York, menjelang lelongan pada 27 Oktober ini.

MOSCOW, 14 Oktober: Rangka Nanotyrannus yang diberi gelaran ‘Jodi’ dijadualkan dilelong di rumah lelong Sotheby’s di New York pada 27 Oktober, dengan anggaran harga prajualan antara AS$6 juta hingga AS$9 juta, menurut CBS News pada Rabu, lapor Sputnik/RIA Novosti.

Fosil dinosaur itu mula dipamerkan kepada orang ramai pada Selasa menjelang lelongan berkenaan, menurut laporan itu. Rangka itu dianggarkan berusia kira-kira 67 juta tahun.

Pada pertengahan Julai, Sotheby’s melelong fosil dinosaur di New York pada harga rekod AS$50.1 juta.

Spesimen Tyrannosaurus rex yang diberi gelaran ‘Gus’ itu menjadi dinosaur paling mahal pernah dijual melalui lelongan, mengatasi anggaran harga prajualan antara AS$20 juta hingga AS$30 juta.

Rekod lelongan fosil sebelum ini dipegang oleh ‘Apex’, fosil Stegosaurus yang dibeli pada 2024 oleh bilionair Ken Griffin pada harga AS$44.6 juta. – Bernama-Sputnik/RIA Novosti