ACL2: Kuching City, Kitchee jalani latihan terakhir di Stadium Taha Ariffin

Facebook
WhatsApp
PEMAIN Kitchee SC tiba di Stadium Taha Ariffin bagi menjalani sesi latihan terakhir menjelang pertemuan menentang Kuching City FC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL Two),

PETRA JAYA, 14 Oktober: Kuching City FC dan Kitchee SC menjalani latihan terakhir di Stadium Taha Ariffin, petang tadi, sebagai persiapan menjelang pertemuan kedua-dua pasukan dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL Two), esok.

PEMAIN Kuching City FC tiba di Stadium Taha Ariffin bagi menjalani sesi latihan terakhir menjelang pertemuan menentang Kitchee SC dalam saingan Liga Juara-Juara Asia 2 (ACL Two).

Kuching City berusaha bangkit selepas tewas 1-2 kepada Phnom Penh Crown FC, manakala Kitchee hadir dengan bekalan satu mata selepas seri 0-0 menentang Gangwon FC. Kedua-dua pasukan kini memburu keputusan positif dalam aksi Kumpulan H itu.

Oleh Afiq Sallehi