PETRA JAYA, 13 Oktober: Permohonan tapak stesen minyak di sebahagian Lot 480, Blok 3, Daerah Tanah Jikang, di KM1.2 Jalan Julau Fedder, Ulu Sungai Jikang telah diluluskan.

Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar, Datuk Len Talif Salleh memaklumkan perkara itu ketika menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meluan, Dato Roland Duat Jubin, mengenai status kelulusan permohonan tapak stesen minyak berkenaan.
“Untuk makluman Ahli Yang Berhormat bagi Meluan, permohonan bagi tujuan stesen minyak di atas sebahagian Lot 480 Blok 3 Jikang Land District telah diluluskan,” katanya ketika menjawab pertanyaan berkenaan.
Dato Roland ingin mengetahui status proses kelulusan permohonan tapak stesen minyak yang beralamat di KM1.2 Jalan Julau Fedder, Ulu Sungai Jikang.
Beliau berkata demikian ketika mengemukakan pertanyaan lisan kepada Menteri Sumber Asli dan Pembangunan Bandar pada persidangan DUN Sarawak Ke-19 di Kompleks DUN, hari ini.
Oleh Shikin Mahmud



