Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil susulan operasi BNM

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR, 8 Oktober: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM45.60 bilion dalam pasaran konvensional dan RM31.13 bilion dalam pasaran wang Islam.

Hari ini, BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM5.5 bilion untuk tujuh hari dan tender repo berbalik bernilai RM500 juta untuk 92 hari.

BNM juga akan melaksanakan tender repo berbalik Islam (perjanjian jual dan beli semula) bernilai RM100 juta untuk tujuh hari serta tender bernilai RM500 juta untuk 92 hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta kemudahan murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM51.6 bilion dan tender murabahah semalaman sebanyak RM31.7 bilion.- Bernama