Gempa bumi M4.8 landa timur Jepun termasuk Wilayah Chiba

Facebook
WhatsApp

TOKYO, 8 Oktober: Gempa bumi dengan magnitud awal 4.8 (M4.8) melanda timur Jepun awal Khamis, dengan gegaran dirasai di Wilayah Chiba, menurut agensi cuaca, lapor Kyodo News.

Gempa pada 4:13 pagi itu berpunca di bahagian timur laut wilayah tersebut pada kedalaman kira-kira 50 kilometer, mencatatkan 4 pada skala keamatan seismik Jepun di Asahi, menurut Agensi Meteorologi Jepun.

Gegaran turut dirasai di wilayah jiran, termasuk Ibaraki.

Kira-kira tiga jam kemudian, gempa bumi dengan magnitud awal 4.0 menggegarkan Prefektur Ibaraki, merekodkan 3 pada skala keamatan seismik di Hitachiomiya.

Tiada tsunami dicetuskan oleh dua gegaran itu. – Bernama-Kyodo