Pelajar Tingkatan Empat maut dalam kemalangan di KM52 Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Kuching

Facebook
WhatsApp
SEORANG pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal Honda Wave yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Fortuner di KM52, Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Kuching dekat Kampung Rapak, Lachau. Foto IPD Sri Aman

PANTU, 4 Oktober: Seorang pelajar Tingkatan Empat maut selepas motosikal Honda Wave yang ditungganginya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah Toyota Fortuner di KM52, Lebuh Raya Pan Borneo Sri Aman-Kuching dekat Kampung Rapak, Lachau, hari ini.

Ketua Polis Daerah Sri Aman, Superintenden Dennis Bunyam berkata, kemalangan maut itu melibatkan sebuah Toyota Fortuner yang dalam perjalanan dari Sibu menuju ke Kuching dan sebuah motosikal Honda Wave.

Menurut beliau, hasil siasatan awal mendapati apabila tiba di lokasi kejadian, penunggang motosikal Honda Wave yang bergerak di lorong kiri dipercayai tiba-tiba hilang kawalan sebelum memasuki lorong kanan.

“Motosikal berkenaan kemudiannya dilanggar oleh Toyota Fortuner yang sedang melalui laluan tersebut,” katanya dalam kenyataan media yang dikeluarkan pada 7 malam ini.

Akibat pelanggaran itu, penunggang motosikal berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Mangsa dikenal pasti sebagai seorang pelajar Tingkatan Empat dari Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Matang Hilir, Kuching.

Kes berkenaan disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Polis turut menasihatkan semua pengguna jalan raya supaya sentiasa memandu dan menunggang dengan berhati-hati, berwaspada serta mematuhi peraturan lalu lintas bagi mengelakkan kejadian tidak diingini.

Oleh Adi Safarman

Dua maut dalam nahas jalan raya di Sibu

SIBU, 3 Oktober: Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat