Dua warga emas cedera dalam kemalangan melibatkan kereta peronda polis di Batu 11

Facebook
WhatsApp
PIHAK bomba berusaha menyelamatkan mangsa yang tersepit. Foto JPBM Sarawak

KUCHING, 4 Oktober: Dua warga emas cedera selepas kenderaan dinaiki mereka terbabit dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan Unit Kereta Peronda (MPV) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan di Batu 11, Jalan Kuching-Serian, pagi tadi.

Ketua Polis Daerah Padawan, Penolong Superintenden Polis Barry William berkata, kemalangan berlaku kira-kira 10.10 pagi ketika kenderaan MPV IPD Padawan yang dinaiki dua anggota polis sedang menjalankan tugas rondaan dari arah Serian menuju ke Kuching.

KEADAAN MPV polis yang terlibat dalam satu kemalangan di Jalan Kuching- Serian, hari ini. Foto JBPM Sarawak

Menurutnya, kenderaan MPV berkenaan kemudian bertembung dengan sebuah Perodua Axia yang bergerak dari arah Kuching menuju ke Serian sebelum kenderaan itu memasuki laluan bertentangan.

“Sejurus kemalangan, kedua-dua anggota polis segera memberikan bantuan kepada kedua-dua mangsa yang berada dalam kenderaan Perodua Axia yang terbabas masuk ke dalam longkang sebelum menghubungi Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBPM) serta pihak ambulans,” katanya dalam kenyataan hari ini.

DUA warga emas yang cedera dalam kemalangan di Batu 11, Jalan Kuching-Serian dibawa ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut. Foto JBPM Sarawak

Mangsa masing-masing seorang lelaki berusia 57 tahun dan wanita berusia 73 tahun, kedua-duanya berbangsa Cina, kemudian dikejarkan ke Hospital Umum Sarawak untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Tiada kecederaan serius dilaporkan dalam kejadian berkenaan.

Polis menasihatkan orang ramai supaya tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian itu dan meminta sebarang maklumat berkaitan disalurkan kepada Bilik Gerakan IPD Padawan di talian 082-862233 bagi membantu siasatan.

Dua maut dalam nahas jalan raya di Sibu

SIBU, 3 Oktober: Dua individu maut selepas kereta Perodua Bezza yang mereka naiki terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan pacuan empat