TOKYO: Gempa bumi dengan magnitud awal 5.1 melanda Wilayah Chiba, berhampiran Tokyo pada malam ini, dengan gegaran turut dirasai dengan jelas di ibu negara Jepun, lapor Xinhua.
Menurut Agensi Meteorologi Jepun, gempa bumi itu berlaku pada kira-kira 9.27 malam waktu tempatan pada kedalaman sekitar 50 kilometer, mencatatkan skala 3 pada skala intensiti seismik 0 hingga 7 Jepun di beberapa kawasan di wilayah Ibaraki dan Chiba.
Pusat gempa terletak pada latitud 35.8 darjah utara dan longitud 140.7 darjah timur.
Tiada amaran tsunami dikeluarkan.- Bernama-Xinhua





