Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil berikutan operasi BNM

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini, disokong operasi Bank Negara Malaysia (BNM) untuk menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan berjumlah RM44.57 bilion dalam pasaran konvensional dan RM37.03 bilion dalam pasaran wang Islam.

BNM akan menjalankan tender repo berbalik bernilai RM7 bilion untuk tujuh hari.

Bank pusat itu turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli semula serta murabahah komoditi bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM51.6 bilion dan tender murabahah semalaman bernilai RM37.0 bilion. – Bernama