IPD Padawan lelong 11 kenderaan dan motosikal

Facebook
WhatsApp
SENARAI aset alih yang dilelong IPD Padawan.

KUCHING: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Padawan akan mengadakan jualan lelong 11 kenderaan dan motosikal pada 8 Oktober ini, bermula 9.00 pagi.

Lelongan akan diadakan di Bahagian Pengangkutan, Kompleks Logistik, Jalan Field Force, Kuching.

Antara kenderaan dan motosikal yang ditawarkan ialah:

  • Proton Waja 1.6 – harga simpanan RM300
  • Perodua Kembara – RM300
  • Proton Waja 1.6 Campro – RM300
  • Proton Perdana V6 – RM500
  • Lima motosikal Ninja 250 (EX250L) – RM300 setiap satu
  • Motosikal EX250-L – RM300
  • Sebuah motosikal dua roda – RM50

Orang ramai yang berminat boleh melihat kenderaan dan motosikal berkenaan pada 5 dan 6 Oktober, dari 9.00 pagi hingga 12.00 tengah hari di lokasi lelongan.

ANTARA aset alih yang dilelong IPD Padawan.

Syarat penyertaan:

  • Pembida perlu mendaftar dengan Pegawai Pelelong dengan memberikan nama penuh, nombor kad pengenalan dan alamat.
  • Deposit lima peratus daripada harga simpanan atau maksimum RM1,000 perlu dibayar.
  • Pembida dengan tawaran harga tertinggi akan dipilih sebagai pemenang.
  • Kenderaan dan motosikal dijual berdasarkan keadaan semasa.
  • Bayaran penuh perlu dibuat dalam tempoh tujuh hari dari tarikh lelongan.
  • Kenderaan atau motosikal yang berjaya dibeli perlu diambil dalam tempoh 14 hari.
  • Kos pengangkutan ditanggung pembida.

Maklumat lelong: