KUALA LUMPUR: Malaysia menyasarkan untuk meningkatkan tahap Kecukupan Pendapatan Persaraan kepada enam daripada setiap 10 ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) untuk mencapai penanda aras Simpanan Asas sebanyak RM390,000 pada usia 60 tahun menjelang 2030.
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata pada masa ini, hampir empat daripada 10 ahli KWSP berada di landasan untuk mencapai penanda aras tersebut di bawah Rangka Kerja Kecukupan Pendapatan Persaraan KWSP.
“Ini merupakan satu kemajuan tetapi masih terlalu ramai rakyat Malaysia yang berisiko kehabisan simpanan sepanjang tempoh persaraan yang mungkin mencapai selama 20 hingga 25 tahun,” kata beliau dalam ucaptama pada Persidangan Kesejahteraan Sosial Antarabangsa 2026 anjuran KWSP di sini hari ini.
Teks ucapan beliau dibacakan oleh Menteri Kewangan II Datuk Seri Amir Hamzah Azizan.
Berita lanjut menyusul




