Kadar antara bank jangka pendek diunjur kekal stabil susulan operasi BNM

Facebook
WhatsApp

KUALA LUMPUR: Kadar antara bank jangka pendek dijangka kekal stabil hari ini disokong oleh operasi Bank Negara Malaysia (BNM) bagi menyerap lebihan mudah tunai dalam sistem kewangan.

Mudah tunai dalam sistem perbankan dianggarkan sebanyak RM31.25 bilion dalam pasaran konvensional dan RM27.94 bilion dalam pasaran wang Islam. 

Hari ini, BNM akan menjalankan satu tender repo berbalik bernilai RM7 bilion untuk tujuh hari.

BNM turut mengumumkan ketersediaan kemudahan repo berbalik, perjanjian jual dan beli balik serta kemudahan Murabahah Komoditi Bercagar dengan tempoh satu minggu, satu bulan dan tiga bulan.

Pada 4.00 petang, BNM akan menjalankan tender semalaman konvensional sehingga RM38.3 bilion dan tender semalaman Murabahah sehingga RM27.9 bilion.- Bernama

Bursa Malaysia dibuka rendah

KUALA LUMPUR: Indeks utama Bursa Malaysia dibuka rendah pada Selasa, menjejaki prestasi lemah Wall Street semalaman berikutan kenaikan harga minyak