KUALA LUMPUR: Ringgit dibuka tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan kebanyakan mata wang utama pada Selasa, dengan risiko geopolitik yang meningkat terus menyokong kedudukan defensif.
Pada 8.00 pagi, ringgit meningkat kepada 4.0800/0865 berbanding dolar AS daripada 4.0805/0845 semasa ditutup pada Isnin.
Ketua Ahli Ekonomi Bank Muamalat Malaysia Bhd Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid berkata harga minyak mentah Brent kekal melebihi US$106 setong pada Isnin susulan ketegangan berterusan antara AS dan Iran, mengekalkan kebimbangan terhadap inflasi dipacu tenaga sebagai tumpuan utama.
“Sementara itu, hasil bon Perbendaharaan AS meningkat dengan ketara, dengan hasil bon tempoh matang dua tahun dan 10 tahun masing-masing berada pada paras sekitar 4.9 peratus dan 5.2 peratus.
“Hasil bon AS yang lebih tinggi meningkatkan daya tarikan relatif aset dalam denominasi dolar AS dan berpotensi mengehadkan permintaan terhadap mata wang pasaran pesat membangun, termasuk ringgit,” katanya kepada Bernama.
Pada sesi pembukaan, mata wang tempatan diniagakan tinggi berbanding sekumpulan mata wang utama.
Ringgit naik berbanding euro kepada 4.6390/6464 daripada 4.6416/6461 ketika ditutup pada Isnin, meningkat berbanding pound Britain kepada 5.4072/4158 daripada 5.4099/4152 dan menokok berbanding yen Jepun kepada 2.5928/5971 daripada 2.5994/6021 sebelum ini.
Berbanding mata wang ASEAN, unit tempatan susut berbanding dolar Singapura kepada 3.1937/1991 daripada from 3.1914/1948 pada penutupan semalam dan berubah sedikit berbanding peso Filipina kepada 6.52/6.54 daripada 6.52/6.53.
Ringgit tidak berubah berbanding rupiah Indonesia pada 226.9/227.3 berbanding 226.9/227.2 sebelumnya.
Bagaimanpun, mata wang tempatan melonjak berbanding baht Thailand kepada 12.1338/1589 daripada 12.1429/1588 sebelum itu. – Bernama





