Skip to content

UTUSAN SARAWAK

SUMBER MAKLUMAT ERA BAHARU

Primary Menu
  • LAMAN UTAMA
  • IKLAN
  • SEMASA
  • WILAYAH
    • Selatan
    • Tengah
    • Utara
  • TEMPATAN
  • NASIONAL
  • INSPIRASI
  • KESIHATAN
  • ADVERTORIAL
  • RENCANA
  • TEKNOLOGI
  • PENDIDIKAN
  • BISNES
  • MAHKAMAH
  • JENAYAH
  • KEMALANGAN
  • KEBAKARAN
  • KOLUM
  • GLOBAL
  • SUKAN
  • WBS
  • Home
  • NASIONAL
  • SOKONGAN PN BERSYARAT
  • NASIONAL

SOKONGAN PN BERSYARAT

Utusan Sarawak 4 years ago

KUALA LUMPUR, 19 Ogos -- Perdana Menteri sementara atau 'caretaker' Tan Sri Muhyiddin Yassin melambai tangan kepada para petugas media ketika masuk ke Pintu Utama Istana Negara bagi menghadap Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah hari ini. ?--fotoBERNAMA (2021) HAK CIPTA TERPELIHARA

Kerajaan di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan-Tan Sri Muhyiddin Yassin

KUALA LUMPUR: Parti Perikatan Nasional (PN) sebulat suara bersetuju mencalonkan mantan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai calon perdana menteri kerajaan PN yang baharu dengan bersyarat, kata Pengerusi PN Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin yang juga Perdana Menteri Sementara berkata, sekiranya dilantik menjawat jawatan itu oleh Yang di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah, Ismail Sabri perlu memastikan Ahli Jemaah Menteri yang bakal dilantik nanti adalah mereka yang berintergriti, amanah dan bebas daripada sebarang pertuduhan jenayah.

“Kerajaan di bawah pimpinan beliau juga mestilah meneruskan amalan menghormati prinsip pengasingan kuasa, melindungi kebebasan badan kehakiman dan menjunjung konsep Raja Berpelembagaan,” katanya, dalam kenyataan semalam.

Muhyiddin berkata, sebelum itu, semua 50 Ahli Dewan Rakyat dari parti gabungan PN iaitu 31 Ahli Dewan Rakyat Bersatu, PAS (18), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR) (seorang), Bebas pro PN (empat) telah menyerahkan Akuan Bersumpah ke Istana Negara semalam, bagi menyatakan sokongan kepada Ismail Sabri.

Menurutnya keputusan untuk mencalonkan Naib Presiden UMNO itu dilakukan demi kesinambungan dasar-dasar kerajaan PN, yang sedang menumpukan kepada usaha memerangi Covid-19 dan memulihkan negara sehingga tiba masa yang sesuai untuk diadakan Pilihan Raya Umum.

Continue Reading

Previous: “Saya telah ikhtiar hingga ke saat akhir”
Next: Operasi cari mangsa hilang diteruskan

Arkib

  • TERMA & SYARAT
  • PENAFIAN
  • HUBUNGI KAMI
Utusan Sarawak By Warta Niaga Sdn.Bhd | MoreNews by AF themes.