Siasatan berhubung video pementasan yang tular di media sosial

Facebook
WhatsApp
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC).

CYBERJAYA: Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) telah menerima aduan berhubung sebuah video pementasan yang kini tular di media sosial dan didakwa mengandungi kandungan yang menyentuh institusi Raja, Malaysia serta Rukun Negara.

Semakan awal mendapati, rakaman tersebut berasal daripada sebuah pementasan pada 2018 yang kini kembali disebarkan di media sosial.

MCMC telah mengenal pasti beberapa akaun media sosial dan individu berkaitan bagi membantu siasatan yang sedang dijalankan.

MCMC turut bekerjasama dengan Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ), Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam melengkapkan siasatan, termasuk berkaitan bukti digital.

Orang ramai dinasihatkan agar tidak membuat spekulasi atau menyebarkan maklumat yang belum disahkan mengenai individu yang dikaitkan dengan video tersebut bagi mengelakkan sebarang gangguan terhadap proses siasatan.