LOS ANGELES: Anak sulung Angelina Jolie dan Brad Pitt, Maddox, 25, secara sah menggugurkan nama Pitt daripada nama keluarganya.
Mahkamah Tinggi Daerah Los Angeles meluluskan pertukaran nama itu pada Isnin. Maddox Chivan Jolie-Pitt kini dikenali secara sah sebagai Maddox Chivan Jolie.
Maddox memfailkan permohonan berkenaan pada 28 Mei lalu.
Beliau sebelum ini turut menggunakan nama Maddox Jolie dalam kredit filem Couture, arahan Angelina Jolie, yang menyaksikan beliau berkhidmat sebagai penolong pengarah.
Maddox menjadi anak kedua pasangan itu yang menggugurkan nama Pitt secara sah selepas adiknya, Shiloh, berbuat demikian pada Ogos 2024.
Dua lagi anak mereka, Zahara dan Vivienne, turut mengambil langkah untuk menggugurkan nama Pitt daripada nama keluarga masing-masing.
Jolie dan Pitt mempunyai enam anak. Mereka berpisah pada 2016 dan perceraian mereka dimuktamadkan pada Disember 2024. – AGENSI




