Inspektor Mahadir ambil alih tugas Ketua BSPTD IPD Bau

Facebook
WhatsApp
INSPEKTOR Mahadir (kiri) mengambil alih tugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Bau daripada Inspektor Jimmy Tanjong, dengan disaksikan oleh Ketua Polis Daerah (KPD) Bau, Superintendan Mohd Haide A Rahman.

BAU: Inspektor Mahadir Samah mengambil alih tugas sebagai Ketua Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Daerah (KBSPTD) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Bau yang baharu.

Majlis serah terima tugas berlangsung di Bilik Mesyuarat IPD Bau hari ini dan disaksikan Ketua Polis Daerah Bau, Superintendan Mohd Haide A. Rahman.

Pada majlis itu, Inspektor Mahadir menerima tugas berkenaan daripada Inspektor Jimmy Tanjong Andrew Mang yang sebelum ini menjawat jawatan Ketua BSPTD IPD Bau.

Acara turut disempurnakan dengan menandatangani dan menyerahkan nota serah terima tugas secara rasmi, diikuti ucapan daripada kedua-dua pegawai terbabit.

Mohd Haide kemudian menyampaikan ucapan kepada hadirin sebelum cenderamata diserahkan kepada Inspektor Jimmy sebagai tanda penghargaan atas khidmat dan sumbangannya sepanjang menjalankan tugas di bahagian berkenaan.

Majlis itu turut dihadiri ketua bahagian, ketua cawangan, ketua balai serta anggota IPD Bau.

Oleh Connie Chieng