Buaya sepanjang 4.27 meter berjaya ditangkap di Sungai Saeh

Facebook
WhatsApp
TEWAS... Pasukan Eric Cat dan SFC yang berjaya menangkap seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 4.27 meter dalam satu operasi di Sungai Saeh, hari ini. Foto Eric Cat

NIAH: Seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 4.27 meter berjaya ditangkap dalam satu operasi bersama Team Eric Cat dan Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC) di Sungai Saeh, hari ini.

Operasi berkenaan dijalankan hasil kerjasama antara Team Eric Cat dan SFC bagi memastikan keselamatan penduduk setempat selain mengurangkan ancaman reptilia berkenaan di kawasan sungai.

Menurut penduduk kampung, Maimun Ibrahim kejayaan menangkap buaya berkenaan turut mendapat penghargaan terhadap semua anggota yang terlibat atas usaha dan kerjasama dalam memastikan keselamatan komuniti di kawasan berkenaan.

Katanya, memang benar di Sungai Niah banyak buaya pada masa ini.

OPERASI bersama Team Eric Cat dan SFC membuahkan hasil apabila seekor buaya jantan sepanjang kira-kira 4.27 meter berjaya ditangkap di Sungai Saeh. Foto Eric Cat

“Pernah ada dua kes serangan buaya ganas di Sungai Niah melibatkan seorang budak dan seorang cuci pakaian.

“Operasi seperti itu penting bagi menangani kehadiran buaya yang boleh mengancam keselamatan penduduk, khususnya mereka yang tinggal atau menjalankan aktiviti berhampiran sungai,” katanya.

Sehubungan itu, orang ramai dinasihatkan supaya sentiasa berwaspada dan mengelakkan aktiviti di kawasan sungai yang dikenal pasti mempunyai kehadiran buaya.

Oleh Adum Liu