ZHANG Yufei dari China terbukti tidak dapat disentuh dalam acara final kuak kupu-kupu 200m wanita Sukan Olimpik Tokyo 2020 semalam, merangkul pingat emas dalam masa ketiga terpantas yang pernah tercatat.
Perenang berusia 23 tahun itu berada dalam keadaan prestasi terbaik tahun ini dan catatan rekod baharu Olimpik dalam masa 2 minit 03.86 saat di hadapan perenang Amerika, Regan Smith (2:05.30) dan rakan sepasukan Hali Flickinger (2:06.65) .
Kemenangan ini diperolehi tepat pada masanya sebagai dorongan buat China, yang kini memperoleh pingat emas renang pertama mereka di Tokyo untuk menambah satu perak, yang dimenangi Zhang dalam acara 100 meter, dan gangsa.
Masa Zhang, merupakan salah satu daripada hanya dua wanita yang melepasi 2:06.00 tahun ini, dengan Flickinger seorang lagi. Rekod Olimpik beliau di Pusat Akuatik Tokyo juga merupakan waktu terpantas dalam tempoh 12 tahun.
Flickinger, yang meraih perak di Kejohanan Dunia 2019, merupakan pencabar terdekat Zhang dalam babak terakhir tetapi dia tidak dapat merapatkan jurang dan berjaya dipintas oleh Smith.
Zhang berharap dapat meraih pingat individu ketiga dalam gaya bebas 50m, yang bermula pada hari Jumaat. – AFP