IPU tidak sihat masih dominasi Sarawak

Facebook
WhatsApp
SEBANYAK 13 stesen di Sarawak merekodkan IPU tidak sihat setakat 4.00 petang, dengan Sarikei mencatat bacaan tertinggi 184.

KUCHING: Bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) pada tahap tidak sihat masih mendominasi Sarawak apabila 13 daripada 20 stesen pemantauan merekodkan kategori berkenaan setakat 4.00 petang hari ini.

Sarikei mencatat bacaan tertinggi iaitu 184, diikuti Serian (182) dan Lundu (180), kesemuanya masih berada pada tahap tidak sihat.

Samarahan pula merekodkan IPU 175, Kuching (172), Samalaju (165), Lubok Antu dan Betong masing-masing (160), Sri Aman (157), Sibu dan Kanowit masing-masing (156), Tebedu (155) serta Mukah (153).

Sementara itu, tujuh stesen berada pada tahap sederhana iaitu Bintulu dengan bacaan 87, Lawas (84), Miri (82), ILP Miri (81), Kapit (75), Bario (72) dan Limbang (69).

Berbanding bacaan 12.00 tengah hari, IPU Sarikei menurun daripada 191 kepada 184, manakala Lundu turun daripada 184 kepada 180.

Kuching pula menunjukkan sedikit peningkatan daripada 169 kepada 172, sementara Samarahan turun daripada 176 kepada 175 dan Serian kekal pada 182.

Secara keseluruhan, tiada stesen di Sarawak merekodkan IPU pada tahap sangat tidak sihat, berbahaya atau sangat berbahaya setakat 4.00 petang.