Wanita warga emas yang dilaporkan hilang ditemukan selamat pagi tadi

Facebook
WhatsApp
WANITA WARGA EMAS....Ditemukan dalam keadaan selamat oleh pasukan SAR pagi tadi. Foto Facebook BBP Sibu Jaya

SIBU: Seorang wanita warga emas yang dilaporkan hilang selepas pergi ke kebun di kawasan Rumah (Rh) Philip Kayak, Durin, semalam, berjaya ditemukan dalam keadaan selamat pagi tadi.

Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya menerusi kenyataannya memberitahu, mangsa,78, ditemui pasukan mencari dan menyelamat (SAR) kira-kira 700 meter dari lokasi terakhir dia dilihat.

Operasi SAR digerakkan Pasukan Charlie dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Sibu Jaya diketuai Komander Operasi, PB Jerry Kusau bersama enam anggota.

Operasi melibatkan Polis Diraja Malaysia (PDRM), Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Kementerian Kesihatan (KKM) dan penduduk kampung.

DIBAWA KELUAR… Mangsa yang ditemukan selamat kira-kira 700 meter dari lokasi terakhir dilihat dibawa keluar oleh pasukan penyelamat sebelum diserahkan kepada KKM untuk pemeriksaan kesihatan. Foto Facebook BBP Sibu Jaya

Operasi pencarian dijalankan dengan membahagikan pasukan SAR gabungan kepada tiga kumpulan menggunakan kaedah ‘fan searching’ bagi mengesan mangsa.

Mangsa berjaya ditemukan pada 9.17 pagi dalam keadaan selamat hasil pencarian yang dijalankan pasukan terbabit.

Mangsa kemudian diserahkan kepada KKM untuk dibawa ke Hospital Sibu bagi menjalani pemeriksaan kesihatan.

Pos Kawalan Bomba (PKB) ditutup sepenuhnya pada 10.30 pagi selepas operasi pencarian berkenaan tamat.

Oleh Akun Giman

Polis Bau perhebat rondaan cegah jenayah

BAU: Polis Bau mempergiatkan rondaan cegah jenayah secara berkala di beberapa kawasan dalam daerah ini sebagai sebahagian daripada usaha berterusan