MIRI: Kesemua lima mangsa nahas helikopter Perkhidmatan Doktor Udara (FDS) di Long Lellang, Ulu Baram ditemukan berada di dalam pesawat berkenaan.
Setakat ini, empat mangsa berjaya dikeluarkan dari bangkai helikopter, manakala pasukan bomba sedang berusaha mengeluarkan seorang lagi mangsa.
Operasi mengeluarkan mangsa masih dijalankan di lokasi kejadian dengan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) meneruskan tindakan mengikut prosedur yang ditetapkan.
Oleh Liong Chai Ling





