Dua maut, dua cedera pesawat kecil terhempas di California

Facebook
WhatsApp
SEBUAH pesawat kecil terhempas dan terbakar di atas tebing Sungai San Joaquin di Fresno, California, Amerika Syarikat pada Sabtu, mengorbankan dua individu dan mencederakan dua lagi. Foto X

LOS ANGELES: Dua maut manakala dua lagi cedera selepas sebuah pesawat kecil terhempas pada Sabtu di Fresno, California, Amerika Syarikat (AS), menurut pihak berkuasa, lapor Xinhua.

Pejabat Syerif dalam kenyataan memaklumkan pasukan kecemasan menemukan sebuah pesawat enjin tunggal bersayap tetap terbakar di atas tebing Sungai San Joaquin.

“Anggota bomba berjaya memadamkan kebakaran dan menghalang api daripada merebak ke kediaman berhampiran,” menurut kenyataan itu.- Bernama-Xinhua