MARUDI: Program Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) KEMAS ialah inisiatif penting Jabatan Kemajuan Masyarakat yang bertujuan membantu Masyarakat khususnya di luar bandar dan golongan tercicir daripada sistem Pendidikan formal, mengusai kemahiran asas membaca, menulis dan mengira (3M).
Pegawai Kemas daerah Marudi, Therry Noel George Anyi berkata sejajar dengan perkembangan era moden, skop program ini turut diperluaskan untuk menerapkan elemen celik digital.
Katanya antara fokus utama dalam memperkasakan aspek digital melalui inisiatif di bawah KEMAS termasuklah penguasaan asas teknologi, membantu peserta mengenali peranti digital dan akses kepada maklumat berguna melalui internet serta media sosial, mengurangkan jurang digital antara bandar dan luar bandar.

Tambah beliau selain itu program ini juga untuk memperkasa komuniti, menyokong dasar transformasi digital negara agar kolompok masyarakat tidak terpinggir daripada arus pendigitalan.
Program ini juga sangat penting dalam pembangunan masyarakat berilmu iaitu memastikan golongann sasar seperti belia, suri rumah dan komuniti setempat tidak terpenggir daripada arus kemajuan ekonomi digital, katanya berucap di Majlis Penangguhan Program Celik Digital Pendidikan Literasi Fungsian (PLF) Kelas Kampung Narum Marudi anjuran Unit Pembangunan Komuniti Kemas Baram hari ini.
Program tersebut di langsungkan di Dewan Masjid As- Salam Marudi dan aktiviti lain yang turut diselitkan ialah aktiviti mewarna bertemakan Hari Kebangsaan dan juga sukaneka di kalangan peserta kelas Kampung Narum. Seramai 15 peserta terlibat dalam program tersebut.
Oleh Jiku Juguong





