Jurutera pemacu pembangunan mampan Sarawak

Facebook
WhatsApp
PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung Ke-34 FEIAP di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto JAPEN

PETRA JAYA: Jurutera memainkan peranan penting dalam memacu pembangunan Sarawak yang mampan, berdaya tahan dan inklusif, selaras dengan keperluan ekonomi serta kesejahteraan rakyat.

Premier Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg berkata, pembangunan negeri kini memasuki fasa baharu yang mengintegrasikan aspek infrastruktur, tenaga, teknologi, alam sekitar dan pembangunan bakat manusia.

Menurutnya, menerusi Strategi Pembangunan Pasca COVID-19 (PCDS) 2030, Sarawak memberi tumpuan kepada tiga matlamat utama iaitu kemakmuran ekonomi, keterangkuman sosial dan kelestarian alam sekitar.

Katanya, peranan jurutera bukan sahaja tertumpu kepada pembangunan infrastruktur seperti jalan raya, jambatan, sistem bekalan air, elektrik dan telekomunikasi, malah turut memastikan kemudahan berkenaan memperluas akses masyarakat kepada pendidikan, kesihatan dan peluang ekonomi.

“Dalam sektor tenaga, hidro akan kekal sebagai tulang belakang campuran tenaga Sarawak, di samping usaha meneroka sumber tenaga solar, bio tenaga, hidrogen, teknologi penyimpanan tenaga dan penyelesaian rendah karbon,” katanya.

PREMIER Sarawak, Datuk Patinggi Tan Sri Abang Johari Tun Openg pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung Ke-34 FEIAP di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), hari ini. Foto JAPEN

Beliau turut menekankan kepentingan pembangunan bakat tempatan bagi memastikan Sarawak mempunyai tenaga mahir yang mampu menyesuaikan diri dengan teknologi baharu serta menghasilkan penyelesaian inovatif mengikut keperluan negeri.

Sehubungan itu, katanya, Skim Pendidikan Tinggi Percuma Sarawak (FTES) merupakan antara inisiatif kerajaan bagi menyediakan anak Sarawak dengan ilmu dan kemahiran untuk menghadapi ekonomi masa depan, selain memberi peluang memperoleh pendedahan di peringkat antarabangsa.

Abang Johari turut menyifatkan Persekutuan Institusi Kejuruteraan Asia dan Pasifik (FEIAP) sebagai platform penting untuk menghubungkan jurutera Sarawak dengan institusi profesional, industri dan komuniti kejuruteraan di rantau Asia Pasifik.

Menurutnya, jaringan itu berpotensi memperkukuh kerjasama dalam penyelidikan, pelaburan, inovasi dan pembangunan bakat kejuruteraan.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada Majlis Pembukaan Perhimpunan Agung Ke-34 FEIAP di Pusat Konvensyen Borneo Kuching (BCCK), di sini, hari ini.

Perhimpunan berkenaan menghimpunkan wakil daripada 25 ekonomi anggota FEIAP dari rantau Asia dan Pasifik bagi membincangkan perkembangan serta kerjasama dalam bidang kejuruteraan.

Van penjaja terbakar, MBKS hulur bantuan

KUCHING: Sebuah van milik seorang penjaja dilaporkan terbakar kira-kira pukul 5.00 pagi tadi, namun tiada kecederaan dilaporkan dalam kejadian berkenaan.